Jumaat, 8 Januari 2021

T&S iceblanded bubble milk sugar brown

1.Assalamualaikum,di ucapkan kepada pencinta blog yang mencari pelbagai benda untuk di realisasikan dalam kehidupan anda.

2.Di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya dalam bisnes ice blanded bubble milk sugar brown.
Mungkin ramai orang di luar sana berniaga bermacam-macam ice blanded atau air balang macam di tepi jalan itu,bergantung pada minat masing-masing ye kawan,hehehe.

3.Pengalaman saya dalam bidang bisnes ni boleh dikatakan lama la kurang lebih daripada lima tahun.Mungkin puan-puan atau tuan-tuan di luar sana jugak ada berpengalaman lebih daripada saya itu tak dinafikan.

4.Dalam mencari wang atau duit untuk menampung kehidupan yang penuh gawat ini ditambah lagi musim corvid.Sesiapa sahaja akan mengalami kesulitan.Saya setiap malam berfikir bisnes apakah yang harus aku lakukan dalam mencari sesuap nasi ini.Macam-macam saya fikir,last skali saya fikir punya fikir saya cari solusi seperti keperluan harian manusia.Maka di situlah terbitnya idea untuk saya menjual ice blanded bubble milk.Mula-mula dulu ice blanded biasa sahaja tapi bila lama-lama pelanggan jadi jemu sebab setiap hari benda yang sama.

5.Srategik perniagaan ice blanded saya pun bermula,daripada ice blanded biasa dah jadi ice blanded bubble milk sugar brown,ya memang ramai jenama ni tapi saya telah buat jenama sendiri.Kata usahawan berjaya jika anda ingin berjaya ciptalah perbezaan dengan saingan anda contoh ciptalah jenama anda sendiri.
kerana di sebabkan jenamalah membuatkan orang kenal produk atau bisnes kita itu.

6.Nama jenama ice blanded saya T&S ice blanded yang bermaksud (Thirsty & Delicious).Tau tak mcdonald kenapa burger dorang laris walaupun mahal daripada burger di tepi jalan tu,kerana jenama mereka yang bertapak sejak sekian lama.Di sini kita dapat belajar betapa pentingnye jenama itu,ia dinamakan strategik bisnes dalam menciptakan penjenamaan anda sendiri.
7.Berbalik pada ice blanded T&S tadi,saya telah menciptakan jenama ini sendiri malah ice blanded berjenama T&S jugak saya ciptakan sendiri.Dalam dunia perniagaan kita kena kreatif dan inovatif,imaginasi tu kena tinggi walaupun kadangkala ianya tak masuk akal.
Kata usahawan berjaya idea yang paling kreatif itu adalah yang paling anda rasa takut untuk melakukanya.Percayalah itu lah yang paling menjadi dalam banyak idea yang di lontarkan dalam bisnes.

8.Oleh sebab itu dalam dunia perniagaan ini risikonya besar tapi pulanganya jugak big trouble.Berlipat kali ganda daripada gaji penjawat awam kalau kena dengan strategik dan cara yang betul.

9.Kini ice blanded yang saya ciptakan sendiri daripada pendapatan harian cumalah Rm50.00 dan sekarang yang paling tinggi Rm300.00 sehari.Modal Rm700 jer kalau kira cincau-cincau sebulan,di tolak bahagi tambah saya boleh untung hampir Rm6000 sebulan,itu pun kira paling-paling orang tak kenal sangatla.
cuba kalau dah terkenal mungkin saya akan bukak dua ke tiga cawangan.

9.Jadi begitulah bisnes ice blanded bubbke milk sugar brown yang saya jalankan daripada kecik menjadi besar.
Jadilah seorang usahawan yang ada berapa sahaja modalnya agar anda pandai mengurus kewangan bila ia berkemng suatu saat nanti.Jangan mulakan dengan modal besar kerana kelak bila anda jatuh anda tak tahu nak bangkit,anda binggung nak naikkan balik bisnes itu.Saya ada pengalaman itu dan saya belajar melaluinya.Saya jugak ada belajar melalui youtube dengan usahawan-usahawan berjaya,ingat kita kena ada ilmu walaupun sedikit dalam bidang perniagaan ni.Kalau anda zero maka anda susah untuk mencapai kejayaan malah anda akan terus gagal yang paling teruk anda banyak kehabisan modal dan berputus asa.

10.Akhir sekali saya ucapkan terima kasih kerana sudi singgah di blooge saya.Semoga anda semua dilimpahkan rezeki,umur yang panjang dan kesihatan,Amin.
k.
bye.